Di Jambatan Mukah
Ya, di sini aku berdiri, di Jambatan Batang Mukah. Aku pun tidak mengetahui sebab mengapa aku berhenti dan tertarik untuk untuk merakamkan gambar di sini. Sebenarnya, aku berkesempatan untuk berada di situ sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuching. Dalam keadaan memandu sewaktu hampir dengan kawasan tersebut, tumpuan aku ditarik oleh warna kuning, masih baru benar warnanya dan keadaannya masih benar-benar baik, jadi aku teka jambatan ini mungkin baru siap dibina dan aku kira bertuah dapat melaluinya. Mungkin aku bertuah, tetapi bagaimana perasaannya penduduk tempatan di sini, sudah pastinya perasaan mereka berbeza berbanding aku `orang luar'. Jika dapat dirasai perasaan setiap penduduk di sini, mungkin kah kita dapat menggambarkannya atau menjelaskannya lalu kita faham betapa peri pentingnya jalan penghubung bandar Mukah ini. Tuahnya dapat melalui jambatan ini tidak sama tuahnya penduduk di sini menggunakannya setiap hari. Sebagai orang luar, apa yang terpacul dari mulut mengenai keadaan itu adalah `Wahhh, cantiknya jambatan ini'. Tidak disangka jauh di pedalaman sebegini mempunyai pembinaan sehebat itu. Ini lah perihal Jambatan Batang Mukah. Sekadar bercerita mengenai jambatan ini.
ahqim (2008)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan